KOTA BHARU: Taktik sindiket yang menjadikan sebuah rumah sewa sebagai stor simpanan sebanyak 14,400 karton rokok bernilai lebih RM2.2 juta termasuk cukai terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyerbu kediaman tersebut di Kampung Bendang Kerian, Tumpat, dekat sini, dua minggu lalu. Tiada suspek atau ahli sindiket tersebut berada di dalam rumah itu semasa serbuan dijalankan kira-kira pukul 11.30 pagi pada 5 Ogos lalu. Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul…