SEREMBAN: Replika ikonik Menara Berkembar Petronas hasil inisiatif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pinggiran Senawang di sini berjaya menarik perhatian dan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk. Menariknya, replika bangunan itu dihasilkan menggunakan barangan terpakai iaitu 500 botol mineral dikumpulkan sendiri oleh penduduk dengan tapaknya menggunakan pintu tandas terpakai. Pengerusi KRT Taman Pinggiran Senawang, Fadzil Sharif berkata, menara tersebut siap dibina mereka hanya dalam tempoh 10 hari dengan melibatkan seramai…