Putuskan hubungan dengan Pemuda UMNO? Bring it on-Akmal Saleh - Utusan Malaysia

Putuskan hubungan dengan Pemuda UMNO? Bring it on-Akmal Saleh

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau sama sekali tidak gentar dengan sebarang ugutan atau desakan termasuk daripada Pemuda DAP Pulau Pinang yang mahu memutuskan hubungan politik dengannya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau turut  mencabar agar tindakan tersebut diambil barisan kepimpinan DAP.

Katanya, tindakan memutuskan hubungan politik dengan Pemuda UMNO bererti  memutuskan hubungan dengan UMNO. 

Bring it on (silakan) .Memutuskan hubungan politik dengan  Pemuda UMNO, bermakna putus hubungan politik dengan UMNO. Jadi sila laksanakan.

” Kita tunggu,”katanya hari ini. 

Dalam laporan portal berita sebelum ini, Pemuda DAP Pulau Pinang menyeru kepimpinan parti itu memutuskan hubungan politik dengan Dr. Akmal susulan tindakannya yang didakwa bersifat provokasi.

Pemuda DAP Pulau Pinang menegaskan bahawa tindakan sedemikian tidak boleh dimaafkan dan mendesak kepemimpinan nasional DAP memutuskan segala bentuk kerjasama politik dengan Akmal, terutamanya pada pilihan raya umum yang akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN