GEORGE TOWN: Pulau Pinang dijangka menjadi tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa sempena cuti sekolah serta cuti umum bulan depan termasuk sambutan Hari Malaysia di Seberang Perai pada 16 September. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia menerima limpahan pelancong kerana sektor pelancongan Pulau Pinang kini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang selepas pandemik. “Selepas Covid-19, industri pelancongan Pulau Pinang sudah kembali melonjak. Data…