KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbang mengenakan semula sekatan perjalanan keluar negara melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang culas membayar pinjaman. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, namun buat masa ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya. “Mungkin kita akan kaji semula, tetapi buat masa ini belum ada pertimbangan untuk mengadakan sekatan kepada peminjam,” katanya menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) di Dewan Rakyat semalam. Katanya, permohonan…