SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 25 Ogos ini sebagai tarikh prosiding hujahan bagi permohonan notis usul penggalian semula kubur Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang meninggal dunia bulan lalu. Penetapan tarikh dibuat Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet selepas mendengar permohonan peguam Datuk Naran Singh yang mewakili ibu arwah, Ummu Haiman Bee Daulatgun. Permohonan tersebut bertujuan membolehkan…









