MELAKA: Melaka berpotensi tampil sebagai destinasi rawatan jantung khususnya di selatan negara menerusi gabungan kepakaran Institut Jantung Negara (IJN) dengan Putra Specialist Hospital bermula 1 September ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kerjasama tersebut terjalin menerusi memorandum perjanjian (MoA) bagi penyediaan perkhidmatan kardiologi dan pembedahan kardiotorasik. Katanya, rakyat Melaka, Negeri Sembilan, Johor utara termasuk dari Sumatera, Indonesia akan mendapat akses lebih mudah kepada rawatan jantung bertaraf dunia.…