Polis siasat laporan video tular atas nama Akmal Salleh

Polis siasat laporan video tular atas nama Akmal Salleh

ehati
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis kini sedang menyiasat dua laporan yang diterima berhubung penularan satu rakaman video menerusi platform Facebook atas nama Akmal Salleh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dalam pautan video berkenaan, Akmal Salleh didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang dipercayai berunsur kebencian serta berpotensi untuk menggugat ketenteraman awam.

Katanya, salah satu daripada laporan tersebut iaitu laporan pertama telah diterima di Bukit Mertajam pada 12 Ogos lalu.

“Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal telah dijalankan oleh polis Pulau Pinang sebelum ia diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman bermula hari ini,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai penyiasat dari Bukit Aman untuk hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 11 malam ini.

“Jika ini harga yang perlu saya bayar untuk pertahankan maruah negara ini, saya rela dan akan lawan habis-habisan,” katanya menerusi satu hantaran dalam laman Facebook.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN