Polis siasat kes gaduh di luar Stadium Cheras - Utusan Malaysia

Polis siasat kes gaduh di luar Stadium Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menyiasat insiden pergaduhan sekumpulan individu di perkarangan Stadium Cheras semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 11.15 malam oleh petugas stadium sebelum anggota polis dikerahkan ke lokasi bagi melihat situasi awal.

“Pemeriksaan mendapati keadaan telah kembali tenang dan kumpulan yang terlibat sudah bersurai. Setakat ini, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ridzuan berkata, video kejadian itu dirakam oleh orang awam, namun individu berkenaan tidak dapat dihubungi. 

“Video itu dikongsikan melalui ‘airdrop’. Pergaduhan itu tidak membabitkan mana-mana kumpulan penyokong pasukan bola sepak.

“Pelaku tidak dapat dikenal pasti kerana telah bersurai sebaik polis tiba,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.

“Orang ramai yang ada maklumat berkait kejadian itu diminta tampil untuk membuat laporan polis,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN