KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur memberi jaminan tahap keselamatan di kawasan tumpuan terutamanya Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) kekal berada dalam keadaan selamat meskipun kawasan itu mencatat hampir dua juta pengunjung pada waktu puncak setiap hari. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, meskipun terdapat laporan kes jenayah kecil seperti ragut dan curi harta benda di kawasan ini namun keadaan masih terkawal. Katanya, usaha pencegahan berterusan dilaksanakan Jabatan…