Polis buru suspek simbah cat merah di Seberang Jaya

Polis buru suspek simbah cat merah di Seberang Jaya

GAMBAR sebuah kereta disimbah dengan cat merah di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang tular di media sosial sejak hari ini.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Polis kini sedang mengesan dan memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden menyimbah cat merah ke atas sebuah rumah dan kereta di Seberang Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, ketika ini, laporan polis berhubung kejadian tersebut telah diterima.

Sehubungan itu katanya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Buat masa ini, kes tersebut masih dalam siasatan dan usaha untuk mengesan suspek juga masih giat diteruskan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial khususnya melalui platform X beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah rumah dan kereta disimbah dengan cat merah di Seberang Jaya.

Dalam pada itu, Helmi turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang pinjaman daripada pemberi wang yang tidak berlesen selain membuat laporan polis dengan segera andai menerima ugutan atau ancaman daripada mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN