PM arah MCMC siasat dakwaan Muhyiddin pertahan warga asing isu subsidi bersasar RON95

PM arah MCMC siasat dakwaan Muhyiddin pertahan warga asing isu subsidi bersasar RON95

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, sebagai kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab, tindakan sewajarnya periu diambil berhubung perkara berkenaan memandangkan dakwaan itu dinafikan bekas Perdana Menteri itu.

“Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum kenyataan penafian Ahli Parlimen Pagoh terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

“Sebagai kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab, Perdana Menteri mengarahkan MCMC untuk menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan sewajarnya,” katanya hari ini.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Anwar ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat bahawa beliau mempertahankan warga asing berhubung isu subsidi petrol RON95

Beliau menafikan tuduhan ini kerana tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian sama ada dalam bentuk kenyataan media, sidang media atau menjawab pertanyaan wartawan.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar Anwar supaya mengemukakan bukti sumber yang mendakwa beliau pernah membuat kenyataan tersebut.

Anwar dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri meminta pembangkang membaca kenyataan Muhyiddin yang didakwanya mempersoalkan tindakan kerajaan membebankan orang asing dalam penyasaran subsidi RON95.

Anwar berkata demikian sebagai reaksi terhadap pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN–Hulu Terengganu) yang meminta beliau menjelaskan siapakah Ahli Parlimen yang didakwa mempertahankan kebajikan warga asing susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN