KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah menumpaskan kegiatan pembiakan dan penjualan ayam sabung dalam Op Khazanah (Op Manok) yang dijalankan serentak di 12 lokasi sekitar Kudat, Keningau, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Operasi bersepadu khas pada 14 Ogos itu melibatkan gabungan pasukan risikan dari Ibu Pejabat Briged Sabah bersama enam batalion PGA iaitu Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Keningau dan Kunak. Komander PGA, Datuk Abdul Rani Alias berkata,…