KUALA NERUS: Setiap kali pulang daripada perhimpunan motosikal RXZ Members di Terengganu, membeli oleh-oleh seperti keropok lekor, batik dan patung penyu menjadi kemestian buat para peserta, seolah-olah satu tradisi tahunan yang wajib dipenuhi sebelum menamatkan perjalanan mereka. Seorang peserta RXZ Members 7.0, Julia Abu Samah, 44, dari Muar, Johor, berkata, dia bersama suaminya, Mohd. Azmi Johar, 45, tidak terlepas membeli cenderamata setiap kali menyertai perhimpunan tersebut. “Setiap tahun kami datang…