PETALING JAYA: Pertuduhan terhadap Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham esok disifatkan sebagai intimidasi politik yang jelas bertujuan membisukan suara pembangkang. Armada dalam kenyataan berkata, pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam. “Armada mengecam keras dakwaan tersebut kerana ia dilihat bercanggah dengan prinsip demokrasi serta mengancam hak rakyat untuk bersuara secara bebas dalam…