KUALA LUMPUR: Pertuduhan terhadap lima remaja perempuan yang dituduh membuli Allahyarham Zara Qairina Mahathir boleh diubah semula sekiranya dapatan inkues mengesahkan kaitan mereka dengan kematian mangsa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, meminda pertuduhan dalam sesuatu proses mahkamah adalah perkara biasa sebaliknya ia boleh dilaksanakan berdasarkan bukti atau dapatan baharu. “Apakah jika perjalanan inkues ada mendapati bukti-bukti affirmative (pengesahan) dengan pelaku? Saya percaya inkues akan terhenti sebab…