Perak harap permulaan baik aksi sulung Liga A1 Semi Pro - Utusan Malaysia

Perak harap permulaan baik aksi sulung Liga A1 Semi Pro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FA berharap membuat permulaan baik dalam kempen Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 bertemu UM-Damansara United di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), malam esok.

Penolong Pengurus pasukan, Zainal Anuar berharap anak buah Shamsol Saad memberikan persembahan terbaik mereka dalam perlawanan sulung itu nanti.

“Kami berharap membuka kempen dengan kejayaan bagi menaikkan moral dan semangat pasukan,” katanya.

Begitupun Zainal sedar kemampuan lawan yang mempunyai pasukan mantap berdasarkan dan lebih berpengalaman berbanding Perak.

“Perlawanan ini pastinya tidak mudah buat Perak kerana kami menurunkan pasukan muda,” kata Zainal.

Satu lagi faktor ialah Perak turun tanpa sebarang tenaga import kerana belum dapat calon berwibawa.

Menurut Zainal, Perak FA sudah menguji ramai pemain tetapi tiada yang menepati kehendak dan cita rasa pasukan.

“Untuk perlawanan pertama ini kami akan turun tanpa tenaga import. Apapun usaha mendapatkan khidmat pemain import berwibawa akan di teruskan.

“Kita masih ada masa yang mencukupi untuk mendapatkan khidmat tiga import yang dibenarkan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN