Penunggang RXZ maut kemalangan di JRTB - Utusan Malaysia

Penunggang RXZ maut kemalangan di JRTB

KEADAAN motosikal mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 9 pagi membabitkan motosikal ditunggang mangsa berusia 36 tahun yang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli.

Katanya, semasa melalui selekoh ke kiri, motosikal mangsa telah terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu berlaku pelanggaran dengan kenderaan berat yang dipandu lelaki berusia 44 tahun.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Dalam kejadian itu, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian akibat kecederaan dalaman di bahagian perut susulan kemalangan jalan raya.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN