PETALING JAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadual berlangsung di ibu negara esok akan membincangkan isu penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak dalam konteks dasar pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu penting bagi memastikan keseragaman pendidikan di peringkat nasional tidak terjejas. Katanya, perbincangan turut berkaitan mengenai program dwibahasa (DLP) yang sedang dilaksanakan di Sarawak. “Sudah tentu antara cabarannya adalah dasar nasional, khususnya dasar…










