Pemain Nigeria perkuat Perak FA - Utusan Malaysia

Pemain Nigeria perkuat Perak FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FA berjaya mendapat khidmat pemain import bagi memperkuatkan pasukan itu dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.

Pemain itu ialah Christian Chukwu, 23, dari Nigeria yang akan beraksi di posisi tengah.

Penolong Pengurus pasukan, Zainal Anuar mengesahkan mengenai pemain yang akan mula beraksi apabila Perak bertemu Kedah FA malam esok.

“Setakat ini kita baru dapat seorang iaitu Christian Chukwu. Perak akan mengambil dua lagi pemain import, ” katanya.

Sehubungan itu, Zainal berharap kehadiran pemain itu mampu mengubah prestasi pasukan itu yang tumpas 0-1 kepada UM-Damansara United dalam perlawanan di gelanggang sendiri pada 4 Ogos lalu.

“Saya berharap pemain mampu bangkit dalam perlawanan dengan Kedah esok bagi meletakkan pasukan pada landasan yang betul,” ujar Zainal.

Menurutnya, usaha sudah dilakukan bagi meningkatkan dan mengatasi kelemahan ketika tumpas dalam perlawanan pertama tempoh hari.

Pada masa sama, Zainal  mengingatkan pemain Perak supaya tidak bersikap terlalu yakin dan berhati-hati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN