PETALING JAYA: Pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa menerima rasuah dari seorang pemilik syarikat sejak 2014 bagi membantu mendapatkan projek di agensi terbabit. Menurut sumber, pegawai kanan gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B itu merupakan antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemarin kerana disyaki terlibat rasuah. Katanya, tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an itu masing-masing ditahan di lokasi berbeza dengan pegawai kanan…