KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pelbagai strategi dalam usaha mencegah dan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan isu buli terutama di sekolah. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, ia selari titah Yang di-Pertuan Agong yang menekankan pencegahan lebih kolektif dan proaktif susulan insiden buli sehingga menyebabkan kematian. “Sehubungan itu, PDRM mengambil pendekatan untuk memperkukuhkan usaha pencegahan dengan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan pelajar supaya tidak mengambil…