KUALA LUMPUR: Malaysia yakin mampu menangani sebarang ancaman atau ugutan ekoran pendiriannya yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, pendirian Malaysia berhubung isu Palestin adalah kukuh dan berasaskan prinsip kemanusiaan yang konsisten sejak sekian lama, bukannya semata-mata faktor agama atau negara Islam. “Soal kemungkinan adanya ancaman atau ugutan terhadap kita apabila lantang memperjuangkan rakyat Palestin, saya yakin perkara itu boleh ditangani kerana pendirian kita…










