KUALA LUMPUR: Langkah mengekang buli di institut pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta antara perkara yang akan dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini. Perkara itu akan dibangkitkan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) di mana dalam Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen hari ini, meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan langkah berkenaan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Pada sesi sama, Syahredzan Johan (PH-Bangi) akan meminta Perdana Menteri menyatakan hasil keputusan…










