KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan melaksanakan pembentangan khas bagi meningkatkan pembiayaan daripada RM100 juta kepada RM280 juta setahun selama lima tahun berturut-turut melalui Program Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0). Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, peruntukan itu bagi menyokong sebahagian keperluan penanaman semula sawit oleh pekebun kecil persendirian. Katanya, tambahan pembiayaan itu dapat meningkatkan kadar penanaman semula sawit…