KUALA LUMPUR: Tahap kesiapsiagaan pertahanan negara menghadapi ketidaktentuan geopolitik global dan inisiatif kerajaan membangunkan sosioekonomi masyarakat India antara tumpuan sidang Dewan Rakyat, hari ini. Selain itu, penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) kawalan terhadap Kecerdasan Buatan (AI) turut menjadi tumpuan Ahli Parlimen. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) meminta Perdana Menteri menyatakan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik dunia…