KUALA LUMPUR: Diari peribadi Allahyarham Zara Qairina Mahathir setebal 51 muka surat antara barangan peribadi yang dijadikan sumber siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, diari peribadi milik mangsa itu diserahkan oleh guru sekolahnya kepada pihak polis ketika siasatan sedang dijalankan. Katanya, dokumen itu mempunyai catatan setebal 51 halaman yang mempunyai luahan hati Zara Qairina pada setiap momen itu sekali gus menangkis dakwaan…









