PARLIMEN: Bersedia dedah siasatan penuh NAFAS kepada PAC

PARLIMEN: Bersedia dedah siasatan penuh NAFAS kepada PAC

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersedia mendedahkan laporan siasatan penuh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, pendedahan tersebut bergantung kepada perbincangan dari masa ke semasa kerana perlu dirujuk kepada pihak yang mengendalikan urusan perundangan.

“Saya ingat mendedahkan laporan penuh kepada PAC tidak ada masalah, kerana PAC boleh memanggil mana-mana jabatan kerajaan termasuk menteri sendiri untuk memberi penerangan.

“Ada perkara yang dalam peringkat tidak boleh dedah lagi, dalam siasatan dan sebagainya kita akan melihat dan masa akan menentukan. Kita amat mengambil perhatian, kerana siasatan NAFAS adalah hak awam dan kebanyakan orang kampung yang sebagai anggota dalam pertubuhan ini.

“Kita ambil perhatian penuh sama ada boleh didedahkan bergantung penasihat undang-undang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik), adakah kementerian sedia mendedahkan laporan siasatan Nafas kepada PAC dan orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN