PETALING JAYA: Penyanyi lagu Casablanca, Naufal Azrin sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Fatin Farhana Fauzi pada Ahad.
Dalam sesi akad nikah yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Tumpat, Kelantan Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 25, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 7,000 dan seutas gelang tangan.
Selepas tiga kali akad nikah, Naufal sah bergelar suami kepada Fatin Farhana yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan.
Acara yang dihadiri sahabat dan keluarga terdekat itu juga disiarkan secara langsung menerusi akaun rasmi Instagram penyanyi itu.
Video tersebut meraih lebih 80,000 tontonan serta dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.
“Tahniah Naufal Azrin,” tulis penyanyi Lah Ahmad.
“Wah penyanyi lirik lagu denyut jantungku berdebar sudah kahwin,” ujar satu peminat
“Kahwin semasa hari merdeka memang mantap, semoga mendapat rahmat keluarga sakinah,” tulis atu komen. -UTUSAN