SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
Pelantikan itu setelah Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mencalonkan Mohd Asna untuk jawatan tersebut dan disokong oleh ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Yang Dipertua DUN, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman juga tidak menerima sebarang pencalonan (nama) lain untuk jawatan tersebut
pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga DUN, Negeri Sembilan Ke-15 yang diadakan hari ini.
Mohd. Asna, 46, merupakan Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Negeri Sembilan dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban.-UTUSAN










