JOHOR BAHRU: Sebanyak 2,033 iklan di media sosial berkaitan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan telah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari awal tahun ini sehingga 1 Ogos lalu. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, tindakan itu diambil susulan 2,283 aduan yang diterima pihaknya daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi kerajaan yang lain. “Pada 2023, pihak MCMC menerima sebanyak 439 aduan dan telah menurunkan sebanyak 390 iklan…










