KULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merancang membangunkan sistem hebahan yang menyalurkan amaran bencana secara terus kepada penduduk di kawasan terjejas. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, sistem yang akan dibangunkan ini membolehkan penduduk menerima notifikasi dengan lebih pantas tanpa melalui perkhidmatan syarikat telekomunikasi mengenai ancaman bencana alam yang berlaku. Katanya, inisiatif membangunkan sistem amaran bencana tersebut diharap dapat dimasukkan ke dalam Belanjawan 2026 seterusnya diguna pakai dalam…