KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang muncul sebagai pusat utama pembangunan teknologi jalan raya dan sistem trafik pintar serantau menerusi penganjuran MY-ASEAN Roads & Traffic Tech Expo 2025 (MY-ARTTE 2025) pada 3 hingga 5 November tahun ini. Presiden Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, ekspo itu bukan sekadar pameran biasa, sebaliknya medan utama memperlihatkan inovasi terkini dalam pembinaan serta sistem trafik pintar berasaskan teknologi hijau. “Penganjuran berkenaan…