Mahu cepat sampai alasan pemandu lawan arus

Mahu cepat sampai alasan pemandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahu cepat sampai ke destinasi antara alasan diberikan pemandu yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana didapati memandu melawan arus di Jalan Mahkota Cheras, semalam.

Operasi itu dilaksanakan JPJ Selangor sejak pukul 6 pagi itu dibuat susulan aduan awam yang diterima. 

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, sebanyak 23 kenderaan disaman dalam operasi itu atas kesalahan memandu melawan arus.

Katanya, sebanyak 54 kenderaan diperiksa selain 23 notis dikeluarkan atas kesalahan memandu melawan arus, tiada lesen, lesen tamat tempoh dan tiada insuran.

“JPJ sentiasa menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan ke atas setiap aduan bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi.

“Sebarang aduan kesalahan lalulintas boleh disalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial satu klip video berdurasi satu minit 54 saat memaparkan seorang pemandu menekan hon selama beberapa minit berikutan laluannya dipenuhi kenderaan melawan arus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN