KUALA LUMPUR: Cita-cita lima rakan ingin meraih pendapatan lumayan sebagai penterjemah dan pekerja kasino di Kemboja mengundang padah apabila mereka dipaksa bekerja lebih 17 jam sehari. Kesemua mereka terdiri lelaki berusia 30-an turut didakwa didera selain tidak dibayar gaji selepas lima bulan terperangkap di negara itu. Ahli keluarga salah seorang mangsa dikenali sebagai Koh berkata, dua abangnya dipercayai telah pergi ke negara itu sejak Mac lalu bagi mencari pendapatan lebih.…