Lebih sedekad jadi artis, Ruhainies kongsi pendapatan cecah RM100,000 sebulan - Utusan Malaysia

Lebih sedekad jadi artis, Ruhainies kongsi pendapatan cecah RM100,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ruhainies, mendedahkan pendapatan bulanannya sebagai seorang selebriti tempatan boleh mencecah sehingga RM100,000. 

Menurut Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, angka lumayan itu diperoleh hasil daripada kerjayanya sebagai pelakon serta dilantik menjadi duta jenama. 

“Saya sudah menjadi artis lebih daripada 10 tahun, saya turut menjadi duta jenama, ejen jualan dan melakukan kolaborasi bersama beberapa jenama. 

“Pendapat saya RM50,000 hingga RM100,000 ribu sebulan. Saya juga mempunyai pengikut seramai 1.7 juta di Instagram,” katanya menerusi satu temu ramah spontan yang tular di media sosial. 

Dalam pada itu, pelakon Cukup Derita Itu juga tidak menafikan kos belanja bulanannya juga agak tinggi terutama bagi membeli produk penjagaan diri dan barangan berkualiti tinggi.

Dengan pendapatan setinggi itu, saya banyak membelanjakan wang untuk penjagaan diri, perbelanjaan hidup dan kos operasi yang agak tinggi.

“Saya banyak memberi fokus kepada kualiti barang berbanding harga, jika produk itu sesuai, sudah tentu saya akan pilih yang itu,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, hasil semakan Utusan Malaysia mendapati video asal temu ramah itu sudah tidak lagi dimuat naik namun dikongsi ulang oleh pihak lain. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN