KOTA BHARU: Lebih 30,000 rakyat negeri ini membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, di sini bagi meraikan sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kebangsaan sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68 malam tadi. Kemeriahan sambutan itu dimulakan dengan persembahan kebudayaan dari agensi-agensi kerajaan termasuk institut pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Polytech Mara Kota Bharu. Nyanyian lagu-lagu patriotik, tarian bendera dari UiTM Kelantan dan ‘brass band’ dari Sekolah…










