Lebih 3,000 dijangka sertai Pahang Half Marathon 

Lebih 3,000 dijangka sertai Pahang Half Marathon 

BARISAN penganjur, rakan strategik dan penaja program Pahang Half Marathon bergambar selepas sidang akhbar di Lobi Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lebih 3,000 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai Pahang Half Marathon 2025 yang julung kali dianjurkan di Dataran Sayangi Kuantan pada 21 September ini.

Acara berprestij itu menawarkan empat kategori utama iaitu 21 Kilometer (KM) Half Marathon, 10 KM Race, 5 KM Santai Run dan 3 KM Family Fun Run yang terbuka kepada semua peringkat umur serta latar belakang.

Pengarah Acara, Harrison Jub berkata, setakat ini lebih 60 peratus peserta yang mendaftar datang dari luar negeri ini manakala kira-kira 10 peratus adalah pelari antarabangsa.

“Acara ini bukan sekadar program larian, sebaliknya peluang untuk memperkenal Kuantan sebagai destinasi percutian sambil beriadah,” katanya da;a, sidang akhbar di sini hari ini.

Harrison yang juga Presiden Kelab Kita Pelari Malaysia berkata, program itu bukan sahaja menyokong gaya hidup sihat malah mampu memberi impak besar kepada ekonomi tempatan melalui peningkatan kadar penginapan, kunjungan lokasi pelancongan serta perniagaan makanan dan minuman.

Katanya, penganjuran tersebut berjaya mengumpulkan masyarakat daripada pelbagai lapisan dalam suasana harmoni, selaras dengan matlamat menjadikan sukan sebagai wahana perpaduan.

Dengan sambutan menggalakkan itu, beliau optimis Pahang Half Marathon berpotensi dijadikan sebagai acara tahunan bertaraf antarabangsa sekali gus mengangkat Kuantan sebagai destinasi pelancongan sukan utama negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN