BATU KAWAN: Lebih 25,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 bagi peringkat negeri Pulau Pinang yang berlangsung di pekarangan Stadium Negeri Batu Kawan di sini, pagi tadi. Meski atur cara program dijadual bermula pada pukul 7.30 pagi, namun, ada pengunjung yang mula membanjiri pekarangan stadium tersebut seawal pukul 6 pagi lagi. Hujan renyai yang turun seketika juga tidak menjadi penghalang malah rata-rata pengunjung memilih untuk tidak berganjak dari tempat…