KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan tapak tanah bagi pembangunan Perumahan Awam Sewa Bersubsidi (PASS) telah dikenal pasti memastikan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) terus memiliki akses kepada kediaman yang inklusif dan berdaya huni di ibu negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, inisiatif pembangunan di tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu akan dilaksanakan secara berfasa dengan memberi tumpuan kepada…