KSU KDN dakwa ada pihak guna namanya demi dapatkan habuan

KSU KDN dakwa ada pihak guna namanya demi dapatkan habuan

MAJLIS sambutan Hari Kebangsaan peringkat Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Awang Alik Jeman mendakwa ada pihak menggunakan nama dan jawatannya bagi mendapatkan habuan daripada pihak lain.

Awang mendedahkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat kementerian dan perhimpunan bulanan di sini, hari ini.

Menurutnya, ada pihak mendakwa dirinya meminta seseorang menghubungi pihak tertentu bagi tujuan tertentu.

“Saya ingin menegaskan bahawa perkara itu sama sekali tidak benar kerana beliau tidak pernah mengarahkan, mengenali atau terbabit dengan mana-mana individu berkenaan.

“Saya sendiri sedang menyiasat perkara ini. Jika saya dapat mengenal pasti pelakunya, tindakan akan diambil. Hal ini mencemarkan nama saya, nama kementerian dan saya tidak akan berkompromi,” katanya.

Katanya, jika diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab, maka laksanakanlah dengan jujur dan jangan sesekali mencemarkannya.

Dalam pada itu, katanya, kepentingan kemerdekaan dan keselamatan negara disifatkan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Sebagai agensi atau kementerian yang diamanahkan menjaga keselamatan negara, semua pihak perlu sedar bahawa kemerdekaan tanpa keselamatan tidak akan ada makna.

“Negara yang merdeka tidak memberi erti jika rakyatnya tidak merasa selamat. Tanpa rasa selamat, kita tidak dapat melakukan perkara yang kita inginkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN