PETALING JAYA: Pakar Patologi yang mendakwa dirinya terlibat dalam proses bedah siasat kematian Zara Qairina Mahathir telah dikenal pasti dan diambil keterangan semalam. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kenyataannya berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bahawa individu yang menyamar di sebalik akaun TikTok ‘Dato’ Prof Dr. Tunku Iskandar’ bukan seorang pakar patologi. “Suspek dikesan berdekatan kawasan Kota Damansara lewat malam semalam hasil maklumat daripada rakaman keterangan dua individu…