PETALING JAYA: Sentimen pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bergantung kepada ketelusan pihak berkuasa dalam proses mencari keadilan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Romzi Ationg berkata, kes tersebut boleh memberi kesan corak pengundian rakyat Sabah terhadap parti politik yang bertanding terutama blok kerajaan negeri yang kini dipimpin Datuk Seri Hajiji Nor. Katanya, ini kerana kes tersebut secara tidak langsung…