KOTA BHARU: Kerjasama erat antara negeri dengan persekutuan melalui politik mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana tanpa kerjasama, ia mustahil untuk dilaksanakan.
Katanya, beliau sentiasa mengadakan perbincangan dengan pimpinan negeri sejak Kerajaan Perpaduan mentadbir negara.
“Kerajaan sebelum ini kebanyakannya mengadakan perbincangan dengan wakil kerajaan negeri.
“Setiap kali saya berkunjung ke negeri-negeri sejak beberapa tahun lalu, kita adakan satu sesi khas dengan kerajaan negeri bagi memberi ruang untuk mereka memberi input semasa,” katanya semasa berucap pada Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Anwar berkata, mengambil contoh keadaan politik di Thailand yang menyebabkan berlakunya pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh yang singkat tidak baik untuk negara.
“Saya fikir tidak boleh turun dengan mudah. Jadi, saya mengambil keputusan untuk turun ke Kelantan hari ini,” katanya. – UTUSAN









