Kerajaan sedia pertimbang pemberian RM100 sekali beri kepada pelajar universiti

Kerajaan sedia pertimbang pemberian RM100 sekali beri kepada pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan insentif sekali beri (one-off) RM100 kepada pelajar universiti bagi meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Itu respon diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan seorang pelajar Universiti Multimedia (MMU) pada program Temu Anwar di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang pelajar MMU mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya mempertimbang insentif one-off RM100 kepada pelajar universiti di negara ini.

Anwar berkata, beliau menerima baik cadangan itu dan akan memberi pertimbagan sewajarnya pada pembentangan Belanjawan 2026, Oktober depan.

“Saya terima baik cadangan itu dan saya akan beri pertimbangan yang wajar untuk belanjawan (Belanjawan 2026) bulan Oktober ini,” katanya.

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan pemberian RM100 secara one-off kepada setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas, melalui MyKad bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Anwar berkata, walaupun rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup namun, harga barangan keperluan seperti bahan api, ayam, telur dan gula masih jauh rendah berbanding negara-negara ASEAN.

“Apakah ia (kenaikan kos sara hidup) tidak merunsingkan, ia merunsingkan tetapi hal itu kita harus tangani dengan sebaik mungkin.

“Pada masa sama, sistem perolehan negara juga harus telus kerana ia penting bagi menjimatkan belanja kerajaan.

“Dalam tempoh setahun dua ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menyelamatkan kira-kira RM5 bilion hasil negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN