Kematian pegawai Palapes tiada unsur penderaan - Khaled

Kematian pegawai Palapes tiada unsur penderaan – Khaled

MOHAMED Khalid Nordin ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2025 di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpu di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada unsur penderaan dikesan pada tubuh pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22 yang meninggal dunia ketika menjalani latihan sebelum ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, laporan siasatan hospital dan polis setakat ini juga mendapati tiada sebarang kecederaan akibat penderaan pada tubuh mangsa semasa post mortem dibuat.

Katanya, semua keterangan saksi juga telah pun diambil termasuk jurulatih dan pelatih yang terlibat dalam latihan tersebut.

“Hasil keseluruhan post mortem akan diketahui dalam masa dua buan.

“Namun, apa yang saya boleh katakan semua siasatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa dan semua bantuan awal kepada mangsa juga diberikan semasa kejadian,”katanya ketika menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) 2025 di Wisma Perwira di sini hari ini.

Syamsul Haris sebelum ini meninggal dunia pada 28 Julai di Hospital Kota Tinggi (HKT) selepas selesai menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN