Kanak-kanak hidap penyakit saraf SMA perlu dana RM550,000

Kanak-kanak hidap penyakit saraf SMA perlu dana RM550,000

CHUA Sui Hau (kiri) melihat keadaan Hee Gia Yee yang ditemani ibu bapanya iaitu Hee Choon Keat dan Tran Thi Yen ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk memohon bantuan dana sebanyak RM550,000 bagi mengubati penyakit Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 2.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang dikesan menghidap penyakit Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 2 memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos suntikan ubat genetik yang bernilai RM550,000.

Hee Gia Yee, memerlukan suntikan yang dikenali sebagai vesemnogene lantuparvovec dengan kadar segera bagi mengekang masalah tulang rapuh dan gangguan otot.

Bapa bayi tersebut, Hee Choon Keat, 41, berkata, anak tunggalnya itu dikesan menghidap penyakit terbabit semasa berusia lapan bulan.

Choon Keat berkata, pada awalnya, Gia Yee boleh melakukan beberapa pergerakan asas seperti bayi lain namun dia mengesan bayinya berdepan masalah seperti gagal mengangkat kepala dan meniarap.

“Saya kemudian membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan berulang kali termasuklah sehingga ke Guangzhou, China untuk mengetahui rawatan lanjut bagi mengubati penyakit ini.

“Doktor kemudiannya menyarankan anak saya untuk mendapatkan suntikan terbabit di sebuah hospital di Jakarta, Indonesia.

“Suntikan itu perlu dibuat sebelum usianya mencecah dua tahun iaitu sebelum otot anak saya lebih menyusut dan mengakibatkan dia tidak dapat bergerak nanti,” katanya ketika ditemui di sini

Tambah Choon Keat, dia yang menetap di Taiping, Perak kini bekerja sebagai penjaja manakala isterinya, Tran Thi Yen, 26, turut membantunya berniaga.

“Kami tidak mampu untuk menyediakan wang dalam masa yang singkat dan terpaksa memohon bantuan daripada orang ramai untuk memastikan anak kami menerima rawatan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, pengerusi pertubuhan amal, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya berbesar hati membantu melancarkan tabung dana buat anak kecil itu.

“Kami berharap bantuan rakyat Malaysia untuk mengubati penyakit Gia Yee,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN