KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memilih memberi tumpuan penuh terhadap pembangunan infrastruktur dan menaik taraf kemudahan sedia ada sebelum melangkah ke fasa penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun. Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, kejayaan penanaman dua musim setahun yang sedang dilaksanakan ketika ini perlu dijadikan asas kukuh sebelum negara bercita-cita meningkatkan bilangan musim penanaman. Katanya, masih terdapat banyak kekangan infrastruktur yang perlu diperbaiki terutama dalam menghadapi…