Jalur Gemilang wajib dipelihara namun jangan berbalah hal remeh - Anwar - Utusan Malaysia

Jalur Gemilang wajib dipelihara namun jangan berbalah hal remeh – Anwar

ANWAR Ibrahim hadir merasmikan Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Nasional di MILDEF International Technologies Sdn Bhd, Sendayan, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perdana Menteri menggesa supaya isu Jalur Gemilang sebagai bahan perbalahan sebaliknya lambang kebanggaan negara yang wajib dipelihara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap segelintir pihak yang cuba menghangatkan suasana dengan mengajak berdebat dan bergaduh hanya boleh menggugat keharmonian kaum.

“Jadi kadang-kadang kita aman, kita buat andaian sahaja. Ajak orang bergaduh, soal bendera bergaduh, soal semua hendak gaduh. Dan ada yang menghangatkan suhu perpecahan antara kaum.

“Jangan salah faham. Saya tidak katakan untuk bendera itu tidak penting. Bendera itu tanda, lambang kebanggaan negara, jadi kena jaga,” katanya.

“Kalau dulu silap-silap boleh kita boleh maafkan. Tetapi sekarang, kalau ada lagi yang dapat lihat macam itu, sama ada di jabatan kerajaan atau swasta harus ada tindakan.

“Tetapi yang saya hendak sebutkan, jangan kita buat ini andaian seolah-olah semuanya baik, tidak betul,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Nasional di MILDEF International Technologies Sdn Bhd, Sendayan di sini hari ini.

Perdana Menteri juga menegaskan, rakyat tidak boleh membuat andaian seolah-olah keamanan negara datang secara mudah kerana realitinya ia wujud hasil pengorbanan pasukan keselamatan yang sentiasa menjaga keselamatan tanah air.

“Negara ini aman kerana persiapan, perkhidmatan, sumbangan, pengorbanan pasukan pertahanan kita selama ini. Tetapi dia tidak akan kekal lama. Siapa jangka adakah peperangan Thailand-Kemboja? Siapa jangka pergaduhan di Myanmar berlarutan?

“Bila ada pergaduhan itu dia melibatkan juga, melimpah sampai ke Thailand ke Bangladesh dan ke Malaysia. Sebab itu kita harus sentiasa bersiap siaga dan bersedia.

“Tapi jangan guna alasan ini untuk mengaut kekayaan secara haram. Kerana kita ada tugas dan tanggungjawab menjaga, sebagai amanah, pertahanan maruah negara kita yang bebas dan merdeka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN