BANDAR BAHARU: Insiden pemasangan bendera secara cuai yang terbukti bukan disengajakan tidak perlu diperbesarkan sehingga menimbulkan ketakutan kepada pihak lain untuk mengibar Jalur Gemilang. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semangat cintakan negara dan jiwa patriotik mesti dipupuk bukan sahaja dalam jiwa setiap rakyat malah ditonjolkan menerusi amalan serta simbol kebangsaan yang jelas. Beliau berkata, antara cara paling mudah menunjukkan jiwa patriotik adalah dengan mempamerkan Jalur Gemilang,…










